Tuesday, November 28, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL






TARIKH :21 November 2017
MASA : 04.30 Petang
TEMPAT : Gimnasium ISN Kedah, Majlis Sukan Negeri Kedah

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Ghaffuan Ghazali (JPM)
2. En Hafizuddin Bin Baki ( Ketua Unit ISN Kedah - Conditioning )
3. Cik Sabrina ( ISN Kedah - Nutrition )
4. Cik Farah Alzana ( Pelajar Praktikal )
5. Atlet: 5 Lelaki, 4 wanita


LATIHAN :
- Latihan Penyesuaian Fizikal
- Taklimat Pemakanan

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Kekurangan Basikal dan Roller. Permohonan pembelian basikal trek dan road telah pun dibuat.


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet berbasikal menjalani latihan bersama pasukan berbasikal negeri Kedah.
2. Semua atlet menginap di Asrama MSNK dan atlet menjalani latihan sepenuh masa sepanjang musim cuti sekolah ini.
3. Keadaan cuaca yang tidak menentu ini sedikit sebanyak merencatkan program latihan dan atlet menjalani latihan di Gimnasium sahaja.
4. Pendedahan atlet kepada program penyesuaian fizikal amat diperlukan bagi membina kekuatan dan stamina kepada atlet.
5. Kekurangan roller juga memberikan kesan kerana atlet akan menjalani latihan menggunakan roller jika keadaan cuaca hujan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

No comments:

Post a Comment