Monday, December 11, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL





TARIKH :06 Disember 2017
MASA : 04.00 Petang
TEMPAT : Majlis Sukan Negeri Kedah

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Ghaffuan Ghazali (JPM)
2. Atlet: 7 Lelaki

LATIHAN :
- Latihan Roller
- Latihan Kecergasan

UJIAN :
- Atlet berbasikal akan menjalani ujian kecergasan pada 21 Disember 2017 dan seramai 4 orang akan diuji bagi memilih atlet untuk diserapkan ke program SUKMA 2018.

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Kekurangan Basikal dan Roller. Permohonan pembelian basikal trek dan road telah pun dibuat.


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Semua atlet menjalani latihan menggunakan roller kerana keadaan cuaca yang kurang baik.
2. Atlet wanita tidak menjalani latihan pada sesi petang kerana telah menjalani latihan di sesi pagi dan ditugaskan untuk mengemas stor berbasikal.
3. Latihan kecergasan juga turut dijalankan selepas latihan di roller.
4. Proses pembelian basikal trek dan roller masih dalam peringkat kewangan negeri dan ada beberapa prosedur masih dalam perbincangan.
5. Kekurangan roller juga memberikan kesan kerana atlet akan menjalani latihan menggunakan roller jika keadaan cuaca hujan.Hal ini juga memaksa atlet untuk menunggu giliran bagi menggunakan roller.
6. Seramai 3 orang atlet yang berada dalam Program Pelapis Kebangsaan akan dipanggil pulang bagi menyertai Kem Latihan Pusat SUKMA 2018 yang akan diadakan di Sunagi Petani.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

No comments:

Post a Comment